Assalamualaikum, hari ni melaksanakan Ziarah Mesra Kasih Di
Rumah Orang Tua Al-Ikhlas, Kg Pulau Meranti, Puchong.
Melawat mereka seperti mengimbau kembali saat bersama kedua orang tua... kalaulah mereka masih hidup, alangkah bahagianya... moga kedua2nya ditempatkan di kalangan orang yang beriman, Al-Fatihah...
Team my NW World, saya, Kak Zen, Syamela, Niesa, Ain, Aisyah, syahirah, syazwan... di anjurkan oleh Fahrul, Syamela dan rakan2... ramai juga yang hadir.. Fahrul dan rakan2 bawa nasi beriani untuk sesi makan bersama Bonda2 dan ayahanda2....
Selepas shake 123 @ club, kami bertolak ke Puchong.. berkumpul d perkarangan mesjid... sampai di Rumah berkenaan, sudah ada team lain yg datang melawat... Alhamdulillah rezeki tuk menyambut Ramadhan... mudah2an sentiasa ada umat islam di bumi Malaysia ni yg pemurah dan berterusan sepanjang tahun menghulurkan bantuan untuk mereka yang memerlukan.
Hajatnya nak gotong royong berkemas dll.. tp tempat telah bersih dan kami menolong mengemas sumbangan2 dr orang ramai saja... Seketika, sesi suaikenal dengan pemilik Rumah, Puan Muji pesara Ketua jururawat. Beliau seorang yang berhati mulia, menguruskan rumah ini dengan pendapatan beliau seadanya... Allahuakbar, masih ada yg berhati suci seperti beliau... dengan pengalaman beliau sebagai jururawat dan menjaga arwah bapa selama 7 tahun, mula menguruskannya dari rumah sahaja, apabila penghuni makin ramai, rumah sudah tidak sesuai untuk diduduki, beliau berpindah ke masjid lama Kg Meranti (kepunyaan individu persendirian yg di wakafkan sementara).. seramai 55 orang penghuni yang berumur dr 50 tahun ke atas, majoriti tidak berupaya dan mempunyai pelbagai penyakit serta tidak boleh bergerak...Puan Muji turut mengajikan 15 individu untuk menguruskan warga rumah ini...ibu dan anak-anaknya juga membantunya.
 |
Team NW World |
 |
Puan Muji |
 |
Menunggu Giliran masuk bermesra dgn Ayah Bonda di Rumah Orang Tua AL-Ikhlas,Puchong |
 |
Tempatnya sempit... tempat menyimpan barang di satukan dengan Surau.
Inilah wajah-wajah penghuni(Ayah Bonda) di rumah orang tua Al-ikhlas, mereka menetap di rumah ini di atas tanggungan dr Puan Muji... Pelbagai kisah menyaluti mereka, ada yg di tinggalkan oleh anak-anak di tepi jalan, dalam semak,... ada yg sakit dan tidak di lawati oleh anak cucu dan saudara... ada yang tidak di sukai oleh menantu...ada yang di tempatkan di sini serta berjanji untuk menjemputnya...dsb
Ada juga yang menghantar ibu/bapa masa kerja sahaja sebab di takuti bahaya tinggal berseorangan di rumah, Ada yg menempatkan sementara mereka kerja keluar daerah atau ke luar negara atau menunaikan Haji /Umrah...iaitu dalam tempoh tertentu sahaja... selepas pulang bertugas/bercuti, di jemput semula...Alhamdulillah dapat anak-anak yang prihatin..
.Melayani mereka makan, sambil berjujuraan air mata menceritakan kisah2 mereka... dimanakan anak2 mereka???
Saya percaya masih ramai lagi anak-anak yang masih bertanggungjawab menjaga dan menguruskan Ayah Bonda mereka. Janganlah di seksa hati dan perasaan mereka... Jagalah mereka sebagaimana mereka menjaga kita di waktu kecil hingga dewasa.. di jaga hingga seekor nyamuk pun x boleh hinggap... ALLAHUAKBAR....
Bagi saya yg sudah x mempunyai Ibu Bapa... terubatlah sedikit hati ni... Bila lagi nk pergi ke sana???
|
Titisan butiran air mata mereka membuat kami muasabah dan insaf diri... |
Moga lawatan ini dapat menghiburkan sedikit hati Ayah Bonda ini... Moga anak2 mereka datang menjenguk dan menjemput pulang...
Moga sumbangan yang di perolehi dari team kami dapat menolong / menampung sedikit pengurusan d rumah tersebut
Wallahualam...
Sesiapa yang ingin berziarah atau ingin menghulurkan sumbangan, bolehlah terus ke:
Rumah Jagaan Dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas. Lot 3530, Jalan Batu 18, Kg Pulau Meranti, 47120 Puchong, Selangor Darul Ehsan.
Pengasas : Pn Muji Binti Sulaiman No. Telefon : 012 2433 743
Nama Akaun Bank : Rumah Jagaan Dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas. No. Akaun (Al Rajhi Bank) : 12700-1061101131
Atau Maybank (atas nama pengasas rumah ini) Nama Akaun : Muji Binti Sulaiman No. Akaun : 1640 7045 1718
|