WHY HERBALIFE? WHY NOW? Start your Day The Healthy Way...... DO YOU WAKE UP FEELING ALIVE OR TIRED???? A healthy breakfast will kick-start your metabolism and help you avoid unhealthy mid-morning snacks...

Thursday, 14 June 2012

My Journey in Herbalife....Part 1

Assalamualaikum..Salam Sejahtera kepada semua....

Saya seorang yang rapat dengan ibubapa dan adik beradik, saling bergantung diantara satu sama lain sejak kecil...semua urusan diri akan di uruskan oleh orang yang bernama IBU...setiap cadangan dan pendapat akan di kongsi dengan arwah Mak dan Bak tetapi saya juga seorang yang tidak suka di kongkong...suka membuat sesuatu secara mengejut... suka melancong...setelah berkahwin saya suka memandu kereta ke utara, selatan, timur dan barat... merayau dengan keluarga, suami dan anak2...

Berpindah ke Nilai... berhenti kerja (Bank) dan mula berniaga secara suka2... untuk mengisi masa lapang.. lama2 jadi serius pulak...suami tidak melarang utk saya buat aktiviti apa2 aja...alhamdulillah...

Mencebur diri dalam bidang pembinaan adalah tidak di rancang langsung... permulaan sebagai 'sleeping partner' dan memberi kepercayaan penuh pd partner untuk melakukan apa aja... hingga secara x sengaja mengambil alih bidang admin dan akaun syarikat untuk disusun hingga sekarang...

Bidang construction amat membebankan saya... terlalu banyak perkara yang terbeban di fikiran sehinggakan saya menjadi pemarah, sukar untuk senyum, terlalu emosi, memburukkan suasana keluarga dan lebih teruk lagi setelah mengalami kemalangan kereta di Pagoh yg membuatkan diri ini lebih bermasalah.. tidak di sangka mengandung dan kemalangan (Kia Sorento trbalik), akibatnya mengalami pendarahan rahim (placenta bleeding)... alhamdulillah anak yg dikandungan selamat tetapi mengalami pendarahan hingga bersalin... disangkakan apabila bersalin, masalah akan selesai tetapi saya di duga lagi olehNya... rahim bengkak, horman tidak menentu dan masih ada pendarahan hingga anak saya berumur 6 tahun... bermacam ubat, klinik, medical centre, perubatan kampung telah saya cuba, wang yang dibelanjakan tidak terkira... sudahlah terkena tekanan darah rendah.. ada gastrik...masalah sembelit dan buasir...low energy...resdung kronik... berjerawat dikepala.. kuit muka suram dan letih... hemoglobin rendah...dan akibat ubat2an, timbul pula migraine yg kronik, sakit urat saraf (hingga solat duduk) dan haid x teratur lebih 3 tahun...2011 tahun kesakitan bagi saya... Allahuakbar dugaanNya ku terima...

Dari hari ke hari mengharungi hidup... amat pedih bagi tahun 2011...Allah saja yang tahu sedih dan pedihnya...stress kerja @ Construction hingga membuatkan saya terlupa untuk senyum... stress menyebabkan urat jantung bengkak dan hampir kena serangan jantung... KepadaNya aku berserah, kepadaNya aku memohon pertolongan...Kurniakan kepadaku dari sisimu seorang penolong...amin.

Penghujung tahun2011 menjadi titik mula.... dari perangai yg tidak suka untuk membeli makanan  tengahari apabila dah masuk ke pejabat, dan sepupu staf saya menyewa ruang pejabat untuk dijadikan Kelab Nutrisi.... saya mula shake 123 sekali sehari dengan Zulailawati dan Ashah...genap 2 bulan, saya merasakan seperti 'mati hidup semula'...saya mendapat nyawa dan senyum saya semula...:)))
Feb 2012 saya mula bercakap dengan kawan2 tentang keberkesanan Herbalife... dan membuat keputusan untuk menjadi ahli / membeli 1000vp dan bersama Watie memulakan langkah untuk menyampaikan Misi Nutrisi... hinggalah saya menjadi Supervisor pada bulan tersebut juga....Alhamdulillah...
Pin dan Certificate Supervisor dari Herballife

Cabaran diteruskan...Mac 2012 melepasi 1st cut World Team...Kak Zen mulakan langkah ke SC...

April 2012 mula dengan langkah yg baik, Kak Zen memulakan dengan QP alhamdulillah... dan group berkembang dengan support dr anak (Niesa) & anak saudara (Syamela dan Ain)...dan beberapa orang kawan.. Support dari suami amatlah baik.. terima kasih.... saya mengakhiri bulan April dengan 12500vp.. melayakkan saya ke WORLD TEAM.. dan VIP seating di EXTRAVAGANZA, Singapore.. Terima kasih kepada yang membantu dan tahniah untuk downline yang menjadi Supervisor...Kak Zen, Niesa, Ain, Syamela dan En Farok...terima kasih...Moga group Kelab Nutri Wellness World danKelab Jom Juta2 Sihat berkembang dengan cemerlang... amin...

Pin, Certificate dan Journal World Team  dari Herbalife
May 2012, melepasi 3rd Cut untuk ke Active World Team...moga semua akan diberi laluan olehNYA...

SETIAP ORANG MEMANG MEMPUNYAI MASALAH...TETAPI JANGAN BIARKAN MASALAH MENGUASAI DIRI... HADAPI SATU PERSATU DENGAN EFEKTIF.... BADAN KITA PERLU SIHAT BARULAH BOLEH MENGHADAPI DAN MENGATASI SATU PER SATU MASALAH....

TUKAR DAN AMALKAN PEMAKANAN YANG BERNUTRISI DAN MEMPUNYAI PROTEIN YANG TINGGI UNTUK MENJADIKAN KITA SIHAT

Badan kita memerlukan 48gm PROTEIN sehari... Kandungan Protein pada makanan yang sudah di masak tidak mencukupi untuk menampung keperluan PROTEIN seharian kita....

AMALAN @ HERBALIFE SHAKE 123 (ALOE, TEH, F1 DAN F3) AMATLAH PERLU UNTUK MENGAWAL PEMAKANAN KITA...

OMEGA 3 DAN NW FORMULA AMAT PENTING UNTUK JANTUNG DAN ORGAN DALAMAN KITA...


NW FORMULA



WALLAHUALAM...

RAHIMAH HJ ELIAS
Independent Distributor
019-6511829





INFO KESIHATAN....1











Atasi perkara di atas dengan tukar pemakanan seharian ke MAKANAN berNUTRISI yang sihat....


Wednesday, 6 June 2012

My life....

Lahir 24.08.1970 di Segamat, Johor....bersekolah kampung @ Sek Kebangsaan Gemereh. Sekolah menengah di Sek Men Datuk Bentara Dalam, Segamat.... tercampak jauh dari adik beradik lain, kalau naik pengangkutan awam perlu tukar 2 bas... pernah jalan kaki dr rumah ke sekolah sebab nk jimat wang agar dapat beli alatan kraftangan... 5 adik beradik yang lain bersekolah di kawasan bandar melainkan saya.... sedih juga tp x boleh buat apa2 sbb keadaan x mengizinkan...


Mempunyai Bak dan Mak yang amat bertanggungjawab dan sentiasa melindungi kami adik beradik... saya amat rapat dengan arwah bak dan mak... sayangnya mereka lebih disayangiNYA... x tercapai tangan tuk memeluknya lagi....Al-Fatihah...moga dia ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman... RINDUNYEEE......

Berkahwin di usia penghujung 22 tahun, suami seorang Engineer (Civil)... mempunyai 5 orang anak... pernah bekerja Mayban Finance Segamat selama 4 tahun.... dan MBf Finance, Nilai 3 tahun... berhenti dr bank.


Sekarang membuka syarikat sendiri bersama suami yg seorang engineer...di bidang Civil Construction...
Installation of Sand-filled Matress

Construction of u-drain

Grouting works @ Mesra Mall

Sempat Posing...Dh siap kerja @ Kerteh

Installation of STOPAQ


Pernah menceburi bidang Multi-level Marketng tetapt x pernah berjaya hinggakan telah menutup terus pintu hati terhadap MLM... cuma pernah mencapai tahap tertinggi dalam perniagaan katalog LENO... menjadi 'Channel Partner' dan mencapai target jualan untuk melancong ke Beijing/Tian Jin, China, Bangkok/Pattaya, Thailand, Brisbane/Gold Coast,Australia,  Cairo/Elexandria, Egypt, Rome/Venice/Florence/Milan, Italy, Johanesburg/Cape Town, South Africa


Herbalife mengubah persepsi saya semula terhadap MLM... HL juga mempunyai plan pemasaran yang 'interesting'...Kerja keras kita dibayar dengan lumayan... Alhamdulillah....Lebih baik lg... bersama Herbalife bermaksud kita sentiasa menolong orang... Fardu Kifayah... Saya lebih tenang dan kurang marah bila bersama HL ni...
menghadiri Program Jati Diri
Leno Nilai

Leno BBST
Trip Italy


Trip South Africa


Saya mendapat NYAWA saya semula selepas consume Herbalife....My life bersama keluarga makin bermakna....Thanks to ALLAH... Thanks to Herbalife...

NEXT TITLE : My Journey in Herbalife...

Tuesday, 5 June 2012

NW World Club...4Jun2012

Assalamualaikum... setelah bersama2 Watie dan Ashah di Kelab Nutrisi Jom Juta2 Sihat di Taman semarak 2, Nilai.... kini saya dangan kakak Zen membuka satu lagi kelab Nutrisi yang dinamakan Nutri Wellness World di No 2, Tkt 1, Jalan ST 1C/7, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang... (Berhadapan Empress Hotel)....
 Permulaan yang ringkas dan simple..shake pertama kami adalah dari Bos Watie... Alhamdulillah...

Shake kedua adalah dari Bos Azman Shah... di hari Ulangtahun perkahwinannya... Happy Anniversary untuk Aznan dan Marini...Moga berkekalan hinggan ke akhir hayat....

Hari ke-2 operasi, didatangi oleh jiran... menjamu sampel shake... 6Jun 2102 memulakan program 5 hari... alhamdulillah....

MOGA LALUAN @ HERBALIFE DAN KELAB KAMI TERBENTANG LUAS....AMIN...